Page 416 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 416

216                 Perlembagaan Persekutuan                [jaDual
                                                                                kelaPan]

                      (6)  Menteri  Besar  hendaklah  terhenti  memegang  jawatan  apabila  habis
                    tempoh  tiga  bulan  dari  tarikh  pelantikannya,  melainkan  jika  sebelum  habis
                    tempoh itu suatu ketetapan memberi kepercayaan kepadanya telah diluluskan
                    oleh Dewan Undangan; dan jika pada bila-bila masa dia tidak lagi mendapat
                    kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan, maka dia hendaklah meletakkan
                    jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas permintaannya Dewan
                    Undangan  dibubarkan  oleh raja.

                      (7)  Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat
                    Kerajaan selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan
                    oleh raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh meletakkan jawatannya
                    pada  bila-bila  masa.

                      (8)  Seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan
                    diri dalam apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang berkaitan dengan
                    apa-apa perkara atau mana-mana jabatan yang baginya dia bertanggungjawab
                    dan  selagi  dia  melibatkan  diri  dalam  apa-apa  perdagangan,  perniagaan  atau
                    profesion  itu,  dia  tidak  boleh  mengambil  bahagian  dalam  apa-apa  keputusan
                    Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berhubungan dengan perdagangan, perniagaan
                    atau  profesion  itu  atau  dalam  apa-apa  keputusan  yang  mungkin  menyentuh
                    kepentingan  kewangannya  dalam  perdagangan,  perniagaan  atau  profesion
                    itu.

                    Keanggotaan  Dewan  Undangan  (gantian  bagi  seksyen  4)
                    21.  (1)  Dewan  Undangan  hendaklah  terdiri  daripada—
                          (a)  apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang diperuntukkan melalui
                              undang-undang  oleh  Badan  Perundangan;  dan
                          (b)  apa-apa bilangan ahli lain, yang kurang daripada bilangan ahli dipilih,
                              yang  ditetapkan  oleh raja,
                    dan,  sehingga  peruntukan  lain  dibuat  sebagaimana  yang  disebut  terdahulu,
                    bilangan  ahli  dipilih  ialah  bilangan  yang  dinyatakan  dalam  Perkara  171*
                    Perlembagaan  Persekutuan.
                      (2)  Walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  seksyen  6  jadual  Kelapan  kepada
                    Perlembagaan Persekutuan, seseorang tidaklah hilang kelayakan untuk menjadi
                    seorang  ahli  dilantik  bagi  Dewan  Undangan  semata-mata  oleh  sebab  dia
                    memegang  sesuatu  jawatan  berpendapatan.


                                                Bahagian  iii

                                      UBAH  SUAiAN BAHAgiAN  i  DAN  ii
                                     BErHUBUNg DENgAN MELAKA  DAN
                                               PULAU PiNANg

                    22.  Dalam pemakaian Bahagian i dan ii jadual ini bagi Negeri Melaka dan
                    Pulau  Pinang  sebutan  mengenai  raja  hendaklah  digantikan  dengan  sebutan
                    mengenai Yang di-Pertua Negeri, dan yang berikut hendaklah ditinggalkan, iaitu
                    perenggan  (c)  hingga  (g)  subseksyen  1(2),  subseksyen  1a,  subseksyen  2(4),
                    *CaTaTaN—Perkara  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  Perlembagaan  (Pindaan)  1963  [akta  25/1963]
                    mula  berkuat  kuasa  pada 29 Ogos 1963—lihat seksyen 8 Akta 25/1963.
   411   412   413   414   415   416   417   418   419   420   421