Page 418 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 418
217 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
subseksyen 19(2) dan (6), subseksyen 20(4), perkataan yang mendahului
“jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b)” dalam
subseksyen 14(3) dan perkataan “lain” yang mula-mula terdapat dalam
subseksyen 19(3).
23. Bahagian i jadual ini hendaklah terpakai bagi Negeri Sabah dan Sarawak
sebagaimana Bahagian itu terpakai bagi Negeri Pulau Pinang dan Melaka.
Jadual kesembilan
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—
(a) triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala
perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana
negara lain;
(b) pelaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan
pelaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan,
dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.
2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—
(a) angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi
bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan
pelawat;
(c) kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pangkalan
bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan
kerja lain;
(d) olah gerak;
(e) peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing
musuh; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang;
insurans risiko perang;
(f) senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) perkhidmatan negara; dan
(h) pertahanan awam.

