Page 414 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 414
215 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
“Saya, .......................................................... setelah dilantik menjadi Yang
di-Pertua Negeri bagi Negeri......................................................... dengan
sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur
menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala
daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar
kepada Negeri........................................................................ dan kepada
Persekutuan Malaysia, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan
Negeri....................................................................”.
(2) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah subseksyen (3) seksyen
19a hendaklah membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang
perlu) dengan subseksyen (1).
Bahagian ii
PErUNTUKAN SEMENTArA SEBAgAi
gANTiAN BAgi PErUNTUKAN DALAM
BAHAgiAN i
majlis mesyuarat Kerajaan (gantian bagi seksyen 2)
20. (1) raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk
mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang yang pada
hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan
Undangan; dan
(b) atas nasihat Menteri Besar, raja hendaklah melantik tidak lebih daripada
sepuluh orang tetapi tidak kurang daripada empat orang lain.
(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi
warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara
17* Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Menteri Besar.
(4) Pada melantik seorang Menteri Besar raja boleh, menurut budi
bicaranya, mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri ini
yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu
dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.
(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama
kepada Dewan Undangan.
*CaTaTaN—Perkara ini dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962 [akta 14/1962]
mula berkuat kuasa pada 1 julai 1963—lihat seksyen 5 Akta 14/1962. lihat juga catatan pada
Perkara 17.

