Page 419 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 419

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN

              Jadual kelapan—(samb.)
                     Seksyen  23
                        Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 12(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                        Subseksyen  23(1)
                         1.  Perkataan  “dan”  menggantikan  dengan  koma  selepas  perkataan  “Sabah”  dan
                            perkataan  “dan  Singapura”  dipotong  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat
                            kuasa dari   09-08-1965.
                         2.  Perkataan  “kecuali  ubah  suaian  seksyen  10  yang  dinyatakan  dalam
                            subseksyen  (2)  seksyen  ini”  dipotong  oleh Akta A919,  subperenggan  2(c)(i),
                            berkuat  kuasa  dari  21-07-1995.
                         3.  Subseksyen  23(1)  dinomborkan  semula  sebagai  seksyen  23  oleh Akta A919,
                            subperenggan  2(c)(ii), berkuat  kuasa dari 21-07-1995.
                        Subseksyen  23(2)
                         Dipotong  oleh Akta A919,  subperenggan  2(c)(iii),  berkuat  kuasa  dari  21-07-1995.
                        Subseksyen 23(2) yang  asal  sebelum pindaan berbunyi  seperti  yang berikut:
                           ‘(2)  Seksyen  10  dalam  pemakaiannya  bagi  Negeri  Sabah  atau  Sarawak  boleh
                         diubahsuaikan dengan menggantikan perkataan “seorang daripada ahlinya menjadi
                         Yang di-Pertua” dalam subseksyen (1) dengan perkataan “sebagai Yang di-Pertua
                         mana-mana orang yang ditentukan oleh Dewan”, dengan meninggalkan perkataan
                         “lain” dalam subseksyen  (3), dan dengan menambah subseksyen (4)—
                             “(4)  Seseorang  tidaklah  boleh  dipilih  menjadi  Yang  di-Pertua,  melainkan
                           jika  dia  seorang  ahli  Dewan  Undangan  atau  seorang  yang  layak  menjadi  ahli
                           Dewan  Undangan,  dan  Yang  di-Pertua,  sama  ada  ahli  atau  bukan,  hendaklah
                           mengosongkan  jawatannya  apabila  Dewan  dibubarkan  dan  boleh  meletakkan
                           jawatannya  pada bila-bila  masa.”.’.
              Jadual kesembilan:
                 Senarai  1
                 lihat Per.  74(1),  76a(1), 79(1),  95b(1)  &  (3).
                 Butiran  1(h)
                   Perkataan  “Tanah  Melayu”  digantikan  dengan  “Malaysia”  oleh  Akta  26/1963,
                   seksyen  70,  berkuat kuasa dari  16-09-1963.
   414   415   416   417   418   419   420   421   422   423   424