Page 450 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 450
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kesebelas
Seksyen 13: Dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 30, berkuat kuasa dari 31-08-1957.
Seksyen 21
Seksyen ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“menjalankan kuasa statutori antara pembuatan undang-undang dan permulaan kuat
kuasa akta Parlimen, Ordinan atau enakmen—
21. Apabila sesuatu Ordinan atau Enakmen yang tidak hendak dikuatkuasakan sebaik
sahaja Ordinan atau Enakmen itu diluluskan memberikan kuasa untuk membuat apa-apa
pelantikan atau membuat perundangan subsidiari, atau mengeluarkan pemberitahuan,
atau menetapkan borang atau membuat apa-apa benda lain bagi maksud Ordinan atau
Enakmen itu, maka kuasa itu boleh, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan,
dijalankan pada bila-bila masa selepas lulusnya Ordinan atau Enakmen itu, tertakluk
kepada sekatan bahawa apa-apa pelantikan, surat cara, pemberitahuan atau benda yang
dibuat, diberikan, dikeluarkan, dibahagikan atau dilakukan di bawah kuasa itu tidaklah,
melainkan jika terdapat niat yang berlawanan dalam Ordinan atau Enakmen itu, atau
pelantikan, surat cara, pemberitahuan atau benda itu, untuk menguatkuasakan Ordinan
atau Enakmen itu, mempunyai apa-apa kuat kuasa sehinggalah Ordinan atau Enakmen
itu berkuat kuasa.”.
Seksyen 23
Dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.

