Page 105 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 105
[Perkara 48] Perlembagaan Persekutuan 61
hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat
belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah
yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a)
atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding
mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan
(b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka
kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa
sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan,
pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu
Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan
itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian
yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2),
mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan
rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh
pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk
menjadi ahli Dewan rakyat.
peruntukan melarang dua keahlian
49. Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli
kedua-dua Majlis Parlimen, dan juga tidak boleh dipilih ke Dewan
rakyat untuk mewakili lebih daripada satu bahagian pilihan
raya atau ke Dewan Negara untuk mewakili lebih daripada satu
Negeri, dan juga tidak boleh menjadi ahli dipilih dan dilantik
kedua-duanya sekali bagi Dewan Negara.
akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan
atau pelantikan tanpa persetujuan
50. (1) jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen
hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis itu maka kerusinya
hendaklah menjadi kosong.
(2) jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli
Dewan rakyat dipilih ke Dewan rakyat atau jika seseorang yang
hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara dipilih atau
dilantik ke Dewan Negara atau jika pemilihan atau pelantikan
ke mana-mana satu Majlis Parlimen adalah berlawanan dengan
Perkara 49, maka pemilihan atau pelantikan itu adalah terbatal.

