Page 100 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 100
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 46—(samb.)
Catatan:
Pindaan di atas tidaklah menjejaskan keanggotaan Dewan rakyat atau mana-mana pilihan raya ke
Dewan rakyat itu sehingga pembubaran Parlimen yang berlaku pada atau selepas tarikh permulaan
kuat kuasa Perintah yang dibuat di bawah seksyen 12 jadual Ketiga Belas—lihat seksyen 4 Akta A837.
Fasal (1)
Fasal ini dipinda lagi oleh Akta A945, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 07-06-1996, untuk
menambahkan keanggotaan Dewan rakyat daripada seratus sembilan puluh dua kepada seratus
sembilan puluh tiga, iaitu khususnya menambahkan keanggotaan ahli dari Negeri Sarawak
daripada dua puluh tujuh kepada dua puluh lapan.
Fasal (2)
Dipinda oleh akta A945, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 07-06-1996—
(i) dengan menggantikan perkataan “lapan puluh satu” dalam perenggan (a) dengan “lapan
puluh dua”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “dua puluh tujuh” dalam subperenggan (a)(xi) dengan
“dua puluh lapan”.
Catatan:
Walau bagaimanapun pindaan ini tidaklah menjejaskan keanggotaan Dewan rakyat atau mana-
mana pilihan raya ke Dewan rakyat itu sehingga pembubaran Parlimen yang berlaku pada atau
selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah yang dibuat di bawah seksyen 12 jadual Ketiga
Belas kepada Perlembagaan Persekutuan berikutan dengan kajian semula yang dijalankan menurut
Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan jadual Ketiga Belas tersebut.
Fasal (1)
Dipinda oleh Akta A1095, perenggan 16(a), berkuat kuasa dari 01-02-2001, dengan menggantikan
perkataan “sembilan puluh tiga” dengan perkataan “sembilan puluh empat”.
Fasal (2)
Dipinda oleh Akta A1095, perenggan 16(b), berkuat kuasa dari 01-02-2001, untuk membolehkan
seorang ahli Dewan rakyat dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Fasal (1)
Dipinda oleh Akta A1198, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 15-08-2003, dengan menggantikan
perkataan “seratus sembilan puluh empat” dengan perkataan “dua ratus sembilan belas”.
Fasal (2)
Dipinda oleh Akta A1198, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 15-08-2003, menambahkan
bilangan ahli Dewan rakyat ekoran persempadanan semula Bahagian Pilihan raya yang
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan raya dari 8 Ogos 2002 hingga 7 September 2002.
Tambahan adalah seperti yang berikut:
(a) enam orang ahli dari johor;
(b) seorang ahli dari Melaka;
(c) seorang ahli dari Negeri Sembilan;
(d) tiga orang ahli dari Pahang;
(e) dua orang ahli dari Pulau Pinang;
(f) seorang ahli dari Perak;
(g) lima orang ahli dari Sabah;
(h) lima orang ahli dari Selangor; dan
(i) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Fasal (1)
Dipinda oleh Akta A1260, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 19-01-2006, dengan menggantikan
perkataan “dua ratus sembilan belas” dengan perkataan “dua ratus dua puluh dua”.

