Page 110 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 110

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  53—(samb.)
                       Fasal  (2): Dimasukkan  oleh Akta A566, perenggan 7(b), berkuat  kuasa dari 16-12-1983.
                    per.  54
                       1.  Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari
                       19-09-1966. Perkara yang dahulu sebagaimana yang terdapat pada tarikh pemansuhan berbunyi
                       seperti yang berikut:
                         “54.  Kecuali jika terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli yang dipilih menjadi ahli
                         Dewan Negara oleh sesuatu Negeri dan kekosongan itu hendaklah diisi mengikut peruntukan
                         jadual  Ketujuh,  apabila  terdapat  suatu  kekosongan  di  kalangan  ahli  Dewan  Negara  atau
                         suatu  kekosongan  luar  jangka  di  kalangan  ahli  Dewan  rakyat  maka  kekosongan  itu
                         hendaklah  diisi  dalam  masa  enam  puluh  hari  dari  tarikh  dipastikan  adanya  kekosongan,
                         dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan
                         sewajarnya.”.
                       Fasal  (1)
                         a.  Proviso selanjutnya dimasukkan oleh Akta A1, seksyen 2, berkuat kuasa dari 18-11-1968.
                         b.  Dipinda oleh Akta A31, seksyen 3, berkuat kuasa dari 24-03-1971, dengan meninggalkan
                           dalam  proviso yang pertama selepas perkataan “selepas tempoh itu” yang berikut:
                             “tetapi dalam apa jua hal yang sedemikian tempoh pelantikan seseorang ahli Dewan
                           Negara yang dilantik sedemikian ialah enam tahun dari akhir tempoh enam puluh hari
                           dari  tarikh  dipastikan  adanya  kekosongan  yang  dia  dilantik  untuk  mengisikan  itu  dan
                           bukan  enam  tahun  dari  tarikh pelantikannya.”.
                         c.  Dipinda oleh Akta A354, seksyen 16, berkuat kuasa dari 27-08-1976, dengan memasukkan
                           selepas  perkataan  “tarikh  dipastikan” perkataan  “oleh Suruhanjaya Pilihan raya.”.
                         d.  Perkataan  “Fasal  (2)  dan  (3)”  digantikan  dengan  “Fasal  (3)”  oleh  Akta  A585,
                           perenggan 21(a),  berkuat kuasa dari 14-04-1984.
                         e.  Perkataan “oleh Suruhanjaya Pilihan raya adanya kekosongan” digantikan dengan “oleh
                           Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan
                           raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan” oleh
                           Akta A857, perenggan  3(a),  berkuat  kuasa dari 20-08-1993.
                         f.  Proviso kedua digantikan dengan proviso yang ada sekarang oleh Akta A857, perenggan
                           3(b),  berkuat kuasa dari  20-08-1993 berbunyi seperti yang  berikut:
                             “Dengan syarat selanjutnya, jika kekosongan luar jangka dalam Dewan rakyat dipastikan
                           pada suatu tarikh dalam masa enam bulan dari tarikh Parlimen adalah terbubar mengikut
                           Fasal (3)  Perkara 55, maka kekosongan  luar  jangka itu  tidaklah boleh diisi.”.
                       Fasal  (2)
                         a.  Dipinda oleh Akta A354, seksyen 16, berkuat kuasa dari 27-08-1976, dengan memasukkan
                           perkataan  “oleh  Suruhanjaya  Pilihan  raya”  selepas  perkataan  “tarikh  kekosongan  itu
                           disahkan  berlaku”.
                         b.  Fasal ini dipotong oleh Akta A585, perenggan 21(b), berkuat kuasa dari 14-04-1984 dan
                           berbunyi  seperti  yang berikut:
                             “(2)  jika suatu kekosongan luar jangka dalam Dewan rakyat adalah berkenaan dengan
                           kekosongan yang akan diisi oleh seorang ahli dari Sabah atau Sarawak, maka kekosongan
                           luar jangka itu hendaklah diisi dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh kekosongan
                           itu dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan raya dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan
                           sewajarnya.”.
                       2.  lihat Per.  57(la) & 118a.
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115