Page 109 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 109
[Perkara 53] Perlembagaan Persekutuan 63
(2) jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang
kelayakan di bawah perenggan (e) Fasal (1) Perkara 48 atau di
bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut
Fasal (2) Perkara 48, maka Fasal (1) tidaklah terpakai dan dia
hendaklah terhenti menjadi ahli Majlis Parlimen itu, dan kerusinya
hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya
berkuat kuasa mengikut Fasal (4) Perkara 48.
kekosongan di dalam Dewan negara dan kekosongan luar
jangka
54. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Fasal (3), apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli
Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan
ahli Dewan rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar
jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari
tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa
ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan raya bahawa ada
kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan,
dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan
hendaklah dibuat dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa kegagalan membuat apa-apa pelantikan
sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal ini tidaklah
menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di luar tempoh
itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka
di Dewan rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua
tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar mengikut Fasal (3)
Perkara 55, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi
melainkan jika Yang di-Pertua Dewan rakyat memberitahu
Suruhanjaya Pilihan raya secara bertulis bahawa kekuatan dari
segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan
rakyat terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian
kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari
tarikh pemberitahuan itu diterima.
(2) (Dimansuhkan).
(3) jika sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara
adalah berhubungan dengan suatu kekosongan yang hendaklah
diisi oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh sesuatu Negeri
mengikut jadual Ketujuh, maka peruntukan Fasal (1) tidaklah
terpakai bagi mengisi kekosongan itu.

