Page 149 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 149

[Perkara  80]       Perlembagaan  Persekutuan                    83

                (2)  Kuasa eksekutif Persekutuan tidak meliputi apa-apa perkara
              yang  disebut  satu  persatu  dalam  Senarai  Negeri,  kecuali  setakat
              yang diperuntukkan dalam Perkara 93 hingga 95, dan juga tidak
              meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai
              Bersama, kecuali setakat yang diperuntukkan oleh undang-undang
              persekutuan atau undang-undang Negeri; dan setakat yang undang-
              undang persekutuan atau undang-undang Negeri memberikan kuasa
              eksekutif  kepada  Persekutuan  mengenai  apa-apa  perkara  yang
              disebut  satu  persatu  dalam  Senarai  Bersama,  undang-undang  itu
              boleh  berbuat  demikian  dengan  menyingkirkan  kuasa  eksekutif
              Negeri itu.

                (3)  Setakat yang sesuatu undang-undang yang dibuat di bawah
              Fasal (4) Perkara 76 membuat peruntukan bagi memberikan kuasa
              eksekutif  kepada  Persekutuan,  undang-undang  itu  tidak  boleh
              berkuat  kuasa  di  mana-mana  Negeri  melainkan  jika  diluluskan
              oleh Dewan  Undangan Negeri itu  melalui  suatu  ketetapan.


                (4)  Undang-undang  persekutuan  boleh  membuat  peruntukan
              supaya  kuasa  eksekutif  sesuatu  Negeri  hendaklah  meliputi
              pentadbiran mana-mana peruntukan tertentu dalam undang-undang
              persekutuan dan boleh bagi maksud itu memberikan kuasa kepada
              dan  mengenakan  kewajipan  pada  mana-mana  pihak  berkuasa
              Negeri itu.

                (5)  Tertakluk  kepada  mana-mana  peruntukan  undang-undang
              persekutuan  atau  undang-undang  Negeri,  perkiraan  boleh  dibuat
              antara  Persekutuan  dengan  sesuatu  Negeri  bagi  pelaksanaan
              apa-apa  fungsi  oleh  pihak  berkuasa  pada  satu  pihak  bagi  pihak
              berkuasa  pada  pihak  yang  satu  lagi  dan  perkiraan  sedemikian
              boleh  membuat  peruntukan  bagi  pembayaran  berkenaan  dengan
              apa-apa kos yang dilakukan di bawah  perkiraan itu.


                (6)  jika,  menurut  Fasal  (4),  apa-apa  fungsi  diberikan  oleh
              undang-undang  persekutuan  kepada  mana-mana  pihak  berkuasa
              sesuatu  Negeri  maka  Persekutuan  hendaklah  membuat  apa-apa
              pembayaran kepada Negeri sebagaimana yang dipersetujui antara
              Persekutuan dengan Negeri itu atau sebagaimana yang diputuskan
              oleh  suatu  tribunal  yang  dilantik  oleh  Ketua  Hakim  Negara
              Mahkamah Persekutuan  jika  tidak ada  persetujuan.
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154