Page 151 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 151
[Perkara 81] Perlembagaan Persekutuan 84
Obligasi negeri kepada persekutuan
81. Kuasa eksekutif tiap-tiap Negeri hendaklah dijalankan supaya—
(a) dapat dipastikan bahawa apa-apa undang-undang persekutuan
yang dipakai bagi Negeri itu dipatuhi; dan
(b) tidak menghalang atau menjejaskan penjalanan kuasa
eksekutif Persekutuan.
Bab 3—Pembahagian beban kewangan
pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara
dalam senarai bersama
82. jika mana-mana undang-undang atau tindakan eksekutif yang
berhubungan dengan apa-apa perkara yang disebut satu persatu
dalam Senarai Bersama melibatkan perbelanjaan, maka hendaklah
diambil tindakan di bawah Perlembagaan ini yang akan memastikan
bahawa, melainkan jika dipersetujui selainnya, beban perbelanjaan
itu ditanggung—
(a) oleh Persekutuan, jika perbelanjaan itu berbangkit sama ada
daripada komitmen persekutuan atau daripada komitmen
Negeri yang diakujanjikan mengikut dasar persekutuan
dan dengan kelulusan khusus Kerajaan Persekutuan;
(b) oleh Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan, jika
perbelanjaan itu berbangkit daripada komitmen Negeri
yang diakujanjikan oleh Negeri atau Negeri-Negeri itu
atau kuasa Negeri atau Negeri-Negeri itu sendiri.
Bab 4—Tanah
pengambilan tanah bagi maksud persekutuan
83. (1) jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tanah di
sesuatu Negeri, yang bukan tanah beri hakmilik, dikehendaki bagi
maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh, selepas
berunding dengan Kerajaan Negeri itu, menghendaki Kerajaan
Negeri itu, dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan Kerajaan
Negeri itu, untuk menyebabkan mana-mana tanah sebagaimana yang
diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan diberikan kepada Persekutuan
atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang
diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan:

