Page 169 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 169
[Perkara 90] Perlembagaan Persekutuan 94
(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan
tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka
mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah
digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik
sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah
pegangan Melayu; dan
(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa
sebutan mengenai undang-undang yang sedia ada
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen
tersebut.
majlis tanah negara
91. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang
terdiri daripada seorang Menteri sebagai pengerusi, seorang wakil
dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh raja atau Yang
di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan
yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk kepada
Fasal (5) Perkara 95e, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak
boleh melebihi sepuluh.
(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan
Majlis Tanah Negara tetapi tidaklah mempunyai undi pemutus.
(3) Majlis Tanah Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat
oleh pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya perlu tetapi
sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada
tiap-tiap tahun.
(4) jika pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau
Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam sesuatu mesyuarat,
maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik seorang
lain untuk mengambil tempatnya dalam mesyuarat itu.
(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk,
dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara
suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan
tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian,
perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan
mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan
Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti
dasar yang dibentuk sedemikian.

