Page 171 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 171
[Perkara 91] Perlembagaan Persekutuan 95
(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh
merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara
lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan
dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah
atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian,
dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati
Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.
Bab 5—Pembangunan negara
rancangan pembangunan negara
92. (1) jika, selepas sesuatu syor diterima daripada suatu
jawatankuasa pakar dan selepas berunding dengan Majlis Kewangan
Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri yang
berkenaan, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah
berfaedah bagi kepentingan negara dijalankan sesuatu rancangan
pembangunan di mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan di
dalam satu atau beberapa Negeri, maka Yang di-Pertuan Agong
boleh, selepas menyiarkan rancangan itu, mengisytiharkan kawasan
atau kawasan-kawasan itu sebagai kawasan pembangunan; dan
sesudah itu Parlimen berkuasa melaksanakan rancangan pembangunan
itu atau mana-mana bahagiannya, walaupun mana-mana perkara
yang dimaksudkan oleh rancangan itu merupakan perkara-perkara
yang, jika tidak kerana Perkara ini, hanya Negeri-Negeri sahaja
berkuasa membuat undang-undang mengenainya.
(2) Apa-apa Akta yang diluluskan menurut Perkara ini hendaklah
menyebut bahawa Akta itu telah diluluskan sedemikian dan bahawa
peruntukan Fasal (1) telah dipatuhi; dan Perkara 79 tidaklah
terpakai bagi apa-apa rang Undang-Undang untuk mengadakan
suatu Akta yang sedemikian atau apa-apa pindaan kepada suatu
rang Undang-Undang yang sedemikian.
(3) Dalam Perkara ini, “rancangan pembangunan” ertinya suatu
rancangan untuk membangunkan, memajukan, atau memelihara
sumber-sumber alam di dalam sesuatu kawasan pembangunan,
mengeksploitasikan sumber-sumber yang sedemikian, atau menambah
peluang-peluang pekerjaan di dalam kawasan itu.
(4) Tanpa menjejaskan kuasanya di bawah mana-mana Perkara
lain untuk menghendaki apa-apa kepentingan mengenai tanah diambil
atau diberikan bagi maksud persekutuan, Kerajaan Persekutuan
boleh dari semasa ke semasa menghendaki dirizabkan bagi

