Page 173 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 173

[Perkara  92]       Perlembagaan  Persekutuan                    96

              maksud sesuatu rancangan pembangunan, setakat yang dinyatakannya,
              mana-mana tanah di dalam sesuatu kawasan pembangunan yang
              tidak diduduki oleh orang persendirian; tetapi apa-apa kekurangan
              hasil tahunan yang diterima oleh sesuatu Negeri disebabkan oleh
              perizaban itu hendaklah diganti kepada Negeri itu oleh Persekutuan.

                (5)  Segala pendapatan yang diterima oleh Persekutuan daripada
              pengendalian sesuatu rancangan pembangunan hendaklah, tertakluk
              kepada Fasal  (6), digunakan—
                    (a)  pertamanya,  bagi  mengadakan  peruntukan  modal  dan
                        membayar belanja kerja bagi rancangan pembangunan itu;

                    (b)  keduanya, bagi membayar balik kepada Persekutuan apa-apa
                        perbelanjaan, termasuk perbelanjaan di bawah Fasal (4),
                        yang dilakukan oleh Persekutuan dalam mengendalikan
                        rancangan itu;  dan
                    (c)  tentang bakinya, bagi membayar kepada Negeri tempat
                        kawasan  pembangunan  itu  terletak  atau,  jika  kawasan
                        pembangunan  itu  terletak  di  dalam  dua  Negeri  atau
                        lebih,  kepada  Negeri-Negeri  itu  mengikut  perkadaran
                        yang  ditentukan  oleh Kerajaan  Persekutuan.

                (6)  jika dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
              mana-mana Negeri yang di dalamnya termasuk keseluruhan atau
              mana-mana bahagian kawasan pembangunan itu bahawa apa-apa
              perbelanjaan  yang  dilakukan  dalam  mengendalikan  rancangan
              pembangunan itu hendaklah dibayar oleh Negeri itu, maka apa-apa
              perbelanjaaan  yang  dibayar  sedemikian  hendaklah  dibayar  balik
              kepada Negeri itu dan pembayaran balik itu hendaklah berperingkat
              pari passu dengan pembayaran balik kepada Persekutuan apa-apa
              perbelanjaan yang  dilakukan  oleh Persekutuan.

                (7)  Parlimen  boleh  memansuhkan  atau  meminda  mana-mana
              Akta  yang  diluluskan  menurut  Perkara  ini,  dan  bagi  maksud
              itu  boleh  membuat  apa-apa  peruntukan  yang  bersampingan  dan
              berbangkit sebagaimana  yang  difikirkannya  perlu.

                (8)  Tiada  apa-apa  jua  dalam  Perkara  ini  boleh  menyentuh
              kuasa Parlimen  atau Badan  Perundangan mana-mana  Negeri—
                    (a)  untuk mengenakan apa-apa cukai atau kadar yang dibenarkan
                        untuk dikenakan olehnya di bawah mana-mana peruntukan
                        lain  dalam  Perlembagaan  ini;  atau
                    (b)  untuk  membuat  daripada  Kumpulan  Wang  Disatukan
                        Persekutuan  atau  Kumpulan  Wang  Disatukan  Negeri,
                        mengikut mana-mana yang berkenaan, pemberian-pemberian
                        yang tidak kena dibayar balik di bawah Fasal (5) atau (6),
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178