Page 174 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 174
97 Perlembagaan Persekutuan [Perkara 92]
kecuali bahawa jika, menurut Fasal (1), suatu kadar dikenakan
ke atas apa-apa harta oleh undang-undang persekutuan yang, jika
tidak kerana Perkara ini, mungkin dikenakan oleh undang-undang
Negeri, maka kadar yang sama jenisnya tidak boleh dikenakan
oleh undang-undang Negeri selama apa-apa tempoh kadar yang
dikenakan oleh undang-undang persekutuan kena dibayar.
Bab 6—Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan
kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan
mengenai kegiatan Negeri
siasatan, tinjauan dan perangkaan
93. (1) Kerajaan Persekutuan boleh menjalankan apa-apa siasatan
(sama ada oleh Suruhanjaya atau selainnya), membenarkan
apa-apa tinjauan dan mengumpulkan dan menyiarkan apa-apa
perangkaan yang difikirkannya patut, walaupun siasatan, tinjauan
dan pengumpulan dan penyiaran perangkaan sedemikian adalah
berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya
Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-
undang.
(2) Menjadi kewajipan Kerajaan sesuatu Negeri, dan kewajipan
semua pegawai dan pihak berkuasa Negeri itu, untuk membantu
Kerajaan Persekutuan pada melaksanakan kuasanya di bawah
Perkara ini; dan bagi maksud ini Kerajaan Persekutuan boleh
memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu.
kuasa persekutuan berkenaan dengan rakyat negeri
94. (1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan
penyelidikan, mengadakan dan menyenggarakan stesen percubaan
dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan bantuan teknikal
kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan,
publisiti dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri,
berkenaan dengan mana-mana perkara yang mengenainya Badan
Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang; dan
pegawai-pegawai pertanian dan pegawai-pegawai perhutanan mana-
mana Negeri hendaklah menerima apa-apa nasihat profesional
yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jabatan
Pertanian, jabatan Pesuruhjaya Tanah, jabatan Hutan dan jabatan

