Page 213 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 213
[Perkara 112D] Perlembagaan Persekutuan 117
penaksir bebas, dan syor penaksir bebas mengenai perkara itu
hendaklah mengikat kerajaan-kerajaan yang berkenaan itu dan
hendaklah dilaksanakan seolah-olah syor itu ialah persetujuan
antara kerajaan-kerajaan itu.
(7) Fasal (4) Perkara 108 tidaklah terpakai bagi menghendaki
Kerajaan Persekutuan berunding dengan Majlis Kewangan Negara
berkenaan dengan perkara yang berbangkit di bawah Perkara
ini.
(8) Apa-apa perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara
ini hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.
112e. (Dimansuhkan).
Bahagian Viii
PiLiHAN rAYA
penjalanan pilihan raya
113. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pilihan raya
yang hendaklah ditubuhkan mengikut Perkara 114, yang, tertakluk
kepada peruntukan undang-undang persekutuan, hendaklah
menjalankan pilihan raya ke Dewan rakyat dan Dewan-Dewan
Undangan Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar-daftar
pemilih bagi pilihan raya itu.
(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan
raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang
difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan
dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya dan
mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya
perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam jadual
Ketiga Belas; dan kajian-kajian semula bahagian-bahagian pilihan
raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan
hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian-kajian
semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya
ke Dewan rakyat.
(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan
tahun antara tarikh siapnya satu-satu kajian semula, dengan tarikh
bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

