Page 211 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 211
[Perkara 112D] Perlembagaan Persekutuan 116
(3) Tempoh yang baginya peruntukan dikehendaki dibuat dalam
sesuatu kajian semula ialah suatu tempoh lima tahun atau (kecuali
dalam hal kajian semula kali pertama) suatu tempoh yang lebih
lama yang dipersetujui antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
atau Negeri yang berkenaan itu; tetapi apa-apa perintah di bawah
Fasal (1) yang melaksanakan keputusan sesuatu kajian semula
hendaklah terus berkuat kuasa selepas berakhirnya tempoh itu,
kecuali setakat yang perintah itu digantikan dengan suatu perintah
selanjutnya di bawah Fasal itu.
(4) Suatu kajian semula di bawah Perkara ini tidaklah boleh
dijalankan lebih awal daripada yang semunasabahnya perlu
untuk memastikan bahawa keputusan kajian semula itu dapat
dilaksanakan mulai dari akhir tahun 1968 atau, dalam hal kajian
semula kali kedua atau kali kemudiannya, mulai dari akhir tempoh
yang diperuntukkan oleh kajian semula yang sebelum itu; tetapi,
tertakluk kepada itu, kajian semula hendaklah diadakan berkenaan
dengan Negeri Sabah dan Sarawak kedua-duanya bagi tempoh yang
bermula dengan tahun 1969 dan dengan tahun 1974, dan selepas
itu berkenaan dengan mana-mana satu Negeri itu pada bila-bila
masa (dalam masa atau selepas tempoh yang diperuntukkan dalam
kajian semula yang sebelum itu) sebagaimana yang dikehendaki
oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri itu.
(5) jika dalam apa-apa kajian semula di bawah Perkara ini
Kerajaan Persekutuan memberikan notis kepada Negeri-Negeri atau
Negeri yang berkenaan mengenai niatnya hendak mengubah mana-
mana penyerahhakan hasil di bawah Bahagian V jadual Kesepuluh
(termasuk apa-apa penyerahhakan gantian atau tambahan yang
dibuat menurut kuasa Fasal ini), atau hendak mengubah Fasal (4)
Perkara 112c, maka kajian semula itu hendaklah mengambil kira
perubahan itu, dan peruntukan hendaklah dibuat melalui perintah
Yang di-Pertuan Agong supaya perubahan itu dilaksanakan mulai
dari permulaan tempoh yang diperuntukkan dalam kajian semula
itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi
penyerahhakan di bawah seksyen 4, 7 dan 8, dan tidaklah terpakai
bagi penyerahhakan di bawah seksyen 5 atau 6 sehingga kajian
semula kali kedua.
(6) jika dalam apa-apa kajian semula Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan sesuatu Negeri tidak dapat mencapai persetujuan atas
apa-apa perkara, maka perkara itu hendaklah dirujukkan kepada

