Page 214 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 214

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  112e
                       Perkara  ini  dimasukkan  oleh Akta  26/1963,  seksyen  48,  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963  dan
                       dimansuhkan  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965.  Perkara  ini
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                           “112e.  (1)  Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura boleh dari semasa ke semasa
                          membuat  perjanjian  yang  memperuntukkan  kesemua  atau  mana-mana  perkara  yang
                          berikut:
                              (a)  cara bagaimana hasil yang diperoleh oleh Persekutuan dari Singapura atau mana-
                                 mana bahagian hasil itu akan dipungut dan diperakaunkan, dan pembahagiannya
                                 antara Persekutuan  dengan Negeri itu;
                              (b)  penjalanan  kuasa  oleh  kerajaan  Negeri  atau  pihak  berkuasa  lain  bagi  Negeri
                                 berhubung dengan apa-apa hasil sedemikian yang diberikan oleh undang-undang
                                 yang  berhubungan  dengannya,  atau  persetujuan  kerajaan  itu  atau  mana-mana
                                 pihak berkuasa itu pada menjalankan mana-mana  kuasa  itu;
                              (c)  kemasukan Singapura dalam pasaran bersama sekali dengan negeri-negeri lain di
                                 dalam Persekutuan, penubuhan suatu Lembaga Penasihat Tarif dan penetapan
                                 syarat-syarat bagi melevikan duti import dan eskport berhubung dengan barangan
                                 yang diimport  ke Singapura atau dieksport dari Singapura;
                              (d)  meninggalkan atau mengubahsuaikan berhubung dengan Negeri itu semua atau
                                 mana-mana peruntukan Perkara 109 dan  110 dan jadual  Kesepuluh;
                              (e)  membuat bayaran (dengan cara pinjaman atau selainnya) oleh Persekutuan kepada
                                 Negeri  atau  oleh Negeri kepada Persekutuan;
                               (f)  menetapkan  hasil  yang  hendak  dikira  bagi  maksud  mana-mana  perjanjian  itu
                                 sebagai  diperoleh  dari  Singapura,  mengkaji  semula  pelaksanaan  mana-mana
                                 perjanjian itu dan merujukkan kepada seorang penaksir bebas untuk mendapatkan
                                 keputusan atas perkara-perkara yang berbangkit daripada kajian semula itu dan
                                 yang tidak diselesaikan dengan cara persetujuan, dan juga perkara-perkara lain
                                 yang  berbangkit  daripada  atau  bersampingan  dengan  mana-mana  perjanjian
                                 itu.
                              (2)  Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah membuat apa-apa peruntukan
                           yang  perlu  bagi  melaksanakan  mana-mana  perjanjian  yang  disebut  dalam  Fasal  (1)
                           termasuk  peruntukan  yang  mengubahsuaikan  berhubung  dengan  Singapura  mana-mana
                           undang-undang  yang  berhubungan  dengan  mana-mana  hasil  persekutuan;  dan  apa-apa
                           perintah itu  hendaklah  dibentangkan di  hadapan setiap Majlis  Parlimen.

                              (3)  Suatu perintah di bawah Fasal (2) boleh memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif
                           Negeri hendaklah meliputi pentadbiran mana-mana peruntukan undang-undang tertentu
                           yang  berhubungan  dengan  mana-mana  hasil  persekutuan,  dan  boleh  bagi  maksud  itu
                           memberikan kuasa dan mempertanggungkan kewajipan pada mana-mana pihak berkuasa
                           Negeri.

                              (4)  Berhubungan dengan Singapura, Bahagian iii jadual Kesepuluh hendaklah berkuat
                           kuasa seolah-olah sumber hasil yang ditetapkan dalam seksyen 7 termasuk cukai harta
                           yang dilevikan bagi  maksud tempatan oleh Negeri.
                              (5)  Keputusan seorang penaksir bebas atas apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya
                           mengenai  kajian  semula  sesuatu  perjanjian  di  bawah  Perkara  ini  hendaklah  mengikat
                           kedua-dua  kerajaan  yang  berkenaan  itu  dan  hendaklah  dikira  bagi  maksud  Perkara  ini
                           sebagai  perjanjian kerajaan-kerajaan itu.
                              (6)  Fasal (4) Perkara 108 tidaklah terpakai untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan
                           berunding  dengan  Majlis  Kewangan  Negara  berkenaan  dengan  apa-apa  perjanjian  di
                           bawah  Perkara ini.
                              (7)  Sesuatu perjanjian yang dibuat sebelum Hari Malaysia hendaklah berkuat kuasa
                           bagi  maksud Perkara ini.
                              (8)  Perkara  ini  hendaklah  terhenti  berkuat  kuasa  berkenaan  dengan  pembuatan
                           apa-apa  perjanjian lanjut  di bawahnya—
                              (a)  jika pada bila-bila masa tidak ada berkuat kuasa perjanjian di bawah Perkara ini; dan
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219