Page 209 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 209
[Perkara 112c] Perlembagaan Persekutuan 115
(4) Tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 112D, berhubung dengan
Negeri Sabah atau Sarawak, Fasal (3b) Perkara 110—
(a) hendaklah terpakai berhubung dengan segala mineral,
termasuk minyak mineral; tetapi
(b) tidaklah memberi kuasa Parlimen untuk melarang Negeri
itu daripada melevikan royalti ke atas apa-apa mineral
atau untuk menyekat royalti yang dilevikan dalam apa-apa
hal jika dengan yang demikian Negeri itu tidak berhak
menerima royalti berjumlah sepuluh peratus ad valorem
(yang dihitung sebagaimana bagi duti eksport).
kajian semula pemberian khas kepada negeri sabah dan
sarawak
112d. (1) Pemberian yang dinyatakan dalam seksyen 1 dan
subseksyen (1) seksyen 2 Bahagian iV jadual Kesepuluh, dan
apa-apa pemberian gantian atau tambahan yang dibuat menurut
kuasa Fasal ini, hendaklah dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan
dan Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan itu mengikut lat
tempoh yang disebut dalam Fasal (4), dan jika Kerajaan-Kerajaan
itu bersetuju mana-mana pemberian itu diubah atau dihapuskan,
atau suatu pemberian yang lain dibuat sebagai menggantikan atau
bersekali dengan pemberian itu atau mana-mana daripadanya,
maka Bahagian iV dan Fasal (2) Perkara 112c tersebut hendaklah
diubahsuaikan melalui perintah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana
yang perlu untuk melaksanakan persetujuan itu:
Dengan syarat bahawa dalam kajian semula kali pertama
pemberian yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seksyen 1
Bahagian iV tersebut tidaklah boleh dipersoalkan kecuali bagi
maksud menetapkan amaun bagi lima tahun yang berikutnya.
(2) Apa-apa kajian semula di bawah Perkara ini hendaklah
mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, serta
juga keperluan bagi Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan
itu, tetapi (tertakluk kepada itu) hendaklah berusaha memastikan
bahawa hasil Negeri cukup untuk membayar kos perkhidmatan
Negeri yang ada pada masa kajian semula itu, dengan apa-apa
peruntukan yang ternyata munasabah bagi pembesaran perkhidmatan
itu.

