Page 322 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 322
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 160—(samb.)
c. Takrif “Gabenor”:
i. Dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
ii. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memotong perkataan “dan Yang
di-Pertuan Negara Singapura” yang terdapat di hujung takrif dan membetulkan kesilapan
dalam Cetakan Semula tahun 1964 dengan menggantikan perkataan “Yang di-Pertuan
Negara Sabah” dengan “Yang di-Pertua Negara Sabah”.
iii. Dipotong oleh Akta A354, seksyen 41, berkuat kuasa dari 27-08-1976. Takrif yang dahulu
berbunyi seperti yang berikut:
‘ “gabenor” ertinya Ketua Negeri, tidak kira dengan apa jua gelaran dia dikenali, di
sesuatu Negeri yang tidak mempunyai raja (dan khususnya termasuklah Yang di-Pertua
Negara Sabah);’.
d. Takrif “jawatan berpendapatan”:
i. Takrif yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa dari
16-09-1963. Takrif yang dahulu, sebagaimana yang terdapat pada tarikh pemansuhan,
berbunyi seperti yang berikut:
‘ “jawatan berpendapatan” ertinya apa-apa jawatan sepenuh masa dalam mana-
mana perkhidmatan awam, dan termasuklah jawatan Hakim Besar atau hakim lain
Mahkamah Agung, Ketua Audit Negara, anggota Suruhanjaya Pilihan raya atau mana-
mana Suruhanjaya yang Bahagian X terpakai baginya, dan apa-apa jawatan lain yang
ditetapkan sebagai jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen;’.
ii. Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985 memperuntukkan bahawa
sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Mahkamah Agung.
iii. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
rayuan” oleh Akta A885, perenggan 38(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
e. Takrif “jawatankuasa Kaedah”:
Takrif ini dimansuhkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963
dan berbunyi seperti yang berikut:
‘ “jawatankuasa Kaedah” ertinya jawatankuasa Kaedah atau pihak berkuasa lain yang
mempunyai kuasa di bawah undang-undang bertulis untuk membuat kaedah-kaedah atau
perintah-perintah yang mengawal selia amalan dan tatacara Mahkamah Agung;’.
f. Takrif “Kadar tempatan”:
Takrif ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, dan
dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965 dan berbunyi
seperti yang berikut:
‘ “kadar tempatan”, berhubung dengan Singapura, termasuklah cukai harta yang
dilevikan bagi maksud-maksud tempatan oleh Negeri;’.
g. Takrif “kekosongan luar jangka”:
Perkataan “yang berlaku dalam Dewan Negara dengan apa-apa sebab selain habis tempoh
jawatan seseorang ahli, atau sesuatu kekosongan” yang terdapat selepas perkataan
“ertinya kekosongan” dipotong oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari
01-07-1965.
h. Takrif “Ketua menteri” dan “menteri Besar”:
i. Takrif yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa
dari 16-09-1963.
ii. Takrif itu dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, dengan
memotong perkataan “(dan khususnya “Ketua Menteri” termasuklah Perdana Menteri
di Singapura)” yang terdapat di hujung Fasal. Takrif yang asal berbunyi seperti yang
berikut:
‘ “Ketua Menteri” termasuklah Menteri Besar;’.
i. Takrif “majlis mesyuarat Kerajaan”:
Dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa dari 16-09-1963.

