Page 326 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 326
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 160(2)—(samb.)
r. Takrif “Peruntukan Diraja”:
Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
s. Takrif “Pihak berkuasa awam”:
i. Perkataan “Mahkamah Besar” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah
Tinggi” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
ii. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
iii. Kemudian pula, subseksyen 18(2), Akta A566 berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan
bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
mengenai Mahkamah Agung.
iv. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
rayuan” oleh Akta A885, perenggan 38(b), berkuat kuasa dari 24-06-1994.

