Page 324 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 324
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 160(2)—(samb.)
j. Takrif “majlis Undangan”:
Takrif ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
‘ “Majlis Undangan” ertinya Majlis Undangan yang diteruskan di bawah Perkara 164;’.
k. Takrif “maksud negeri”:
Dimasukkan oleh Akta 25/1963, subseksyen 5(1) dan (3), berkuat kuasa dari 31-08-1957.
l. Takrif “maksud persekutuan”:
i. Takrif ini dimasukkan oleh Akta 25/1963, subseksyen 5(1) dan (3), berkuat kuasa
31-08-1957, dan menggantikan takrif yang asal yang berbunyi seperti yang berikut:
‘ “ maksud persekutuan” termasuklah segala maksud berkaitan dengan perkara-perkara
yang mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang selain menurut kuasa
Perkara 76;’.
ii. Perkataan “Perlembagaan” selepas “Perkara 76” dipotong oleh Akta A31,
perenggan 8(b), berkuat kuasa dari 24-03-1971.
m. Takrif “meminjam”:
Perkataan “atau dengan membuat apa-apa perkiraan yang menghendaki apa-apa cukai,
kadar, royalti, fi atau apa-apa bayaran lain dibayar sebelum tarikh genap masanya atau
dengan membuat apa-apa perjanjian yang menurutnya Kerajaan kenalah membayar balik
atau memulangkan balik apa-apa faedah yang telah dinikmatinya di bawah perjanjian itu”
dimasukkan selepas “pemberian anuiti” oleh Akta A31, perenggan 8(a), berkuat kuasa dari
24-03-1971.
n. Takrif “Negara Komanwel”:
Takrif yang ada sekarang digantikan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa
dari 01-07-1965. Takrif yang dahulu, sebagaimana yang terdapat pada tarikh pemansuhan,
berbunyi seperti yang berikut:
‘ “Negara Komanwel” ertinya United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand,
india, Pakistan, Ceylon, ghana, Nigeria, Cyprus, Seirra Leone, Tanganyika dan mana-
mana negara lain yang ditetapkan melalui Akta Parlimen sebagai negara Komanwel dan
“bahagian Komanwel” ertinya mana-mana negeri Komanwel, mana-mana tanah jajahan,
tanah protektorat atau negara naungan atau mana-mana wilayah lain yang ditadbirkan oleh
Kerajaan mana-mana negara Komanwel;’.
o. Takrif “Orang asli”:
Dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
p. Takrif “Orang melayu”:
Perkataan “atau di Singapura” yang terdapat selepas “Persekutuan” (di tiga tempat)
dalam perenggan (a) dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari
16-09-1963.
q. Takrif “Peguam Negara”:
Dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 5, berkuat kuasa dari 16-09-1963.

