Page 347 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 347
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 163, 164 & 165—(samb.)
165. (1) Tertakluk kepada Fasal (4), Bahagian Vii tidaklah boleh berkuat kuasa sehingga
hari pertama dalam bulan januari tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, atau
suatu tarikh yang lebih awal sebagaimana yang diperuntukan oleh atau di bawah undang-
undang persekutuan.
(2) Sehingga permulaan kuat kuasa Bahagian Vii, peruntukan Bahagian Xi dan jadual
Ketiga, Keempat dan Kelima kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah
terus berkuat kuasa, tetapi dengan ubah suaian yang berikut, iaitu—
(a) sebutan mengenai Negeri Melayu atau Negeri Selat hendaklah ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai Negeri;
(b) sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi dan mengenai Pesuruhjaya Tinggi dalam
Majlis Mesyuarat hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang
di-Pertuan Agong;
(c) sebutan mengenai Kerajaan Negeri Selat hendaklah dipotong; dan
(d) sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Negeri Selat hendaklah ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Negeri.
(3) Sehingga permulaan kuat kuasa Bahagian Vii, apa-apa wang yang di bawah
Perlembagaan ini (termasuk Bahagian Vii) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang
Disatukan hendaklah dipertanggungkan pada hasil Persekutuan, dan pembayarannya
hendaklah dibuat menurut kuasa Fasal ini tanpa kuasa selanjutnya daripada undang-undang
persekutuan.
(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (1), peruntukan yang berikut dalam
Bahagian Vii hendaklah mula berkuat kuasa pada Hari Merdeka, iaitu, Perkara 96, 105
hingga 107 dan 111.”.
2. Terdapat sebutan mengenai Per. 163 yang termansuh itu dalam Per. 162(1) oleh itu sebutan
mengenai Perkara 163 dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
per. 166
Fasal (1) & (2)
Fasal-fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963
dan berbunyi seperti yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua harta dan aset yang sebaik sebelum
Hari Merdeka terletak hak pada Baginda ratu bagi maksud Persekutuan atau tanah jajahan
atau Negeri Selat Melaka atau tanah jajahan atau Negeri Selat Pulau Pinang, hendaklah
pada Hari Merdeka terletak hak pada Persekutuan atau Negeri Melaka atau Negeri Pulau
Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana tanah di dalam Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik
sebelum Hari Merdeka terletak hak pada Baginda ratu hendaklah pada hari itu terletak hak
pada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Fasal (4), (5), (6) & (7)
Fasal-fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963
dan berbunyi seperti yang berikut:
“(4) Mana-mana tanah Negeri yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, telah diduduki atau
digunakan tanpa di rizabkan, oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud yang menjadi maksud
persekutuan pada hari itu, hendaklah pada hari itu dirizabkan bagi maksud persekutuan
itu.
(5) Semua harta dan aset yang sebaik sebelum Hari Merdeka terletak hak pada Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana orang lain bagi pihaknya bagi maksud yang pada hari itu terus
menjadi maksud persekutuan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Persekutuan.

