Page 70 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 70
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 33
Fasal (1)
Perkataan “tetapi Timbalan Kepala Utama Negara tidak boleh menjalankan tugas-tugas itu
dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak ada dalam Persekutuan selama yang dijangka
kurang daripada lima belas hari” digantikan dengan “tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak
ada di dalam Persekutuan selama tempoh yang dijangka kurang daripada lima belas hari,
melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau suai
manfaat untuk menjalankan fungsi itu” oleh Akta A354, perenggan 10(b), berkuat kuasa dari
27-08-1976.
Fasal (2)
Perkataan “Timbalan Kepala Utama Negara” digantikan dengan “Timbalan Yang di-Pertuan
Agong” oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (3)
Perkataan “Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan” digantikan dengan
“Timbalan Yang di-Pertuan Agong” oleh Akta A354, seksyen 11, berkuat kuasa dari
27-08-1976.
Fasal (5)
a. lihat Per. 37(4).
b. Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957 [akta 373].

