Page 71 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 71

[Perkara  33a]      Perlembagaan  Persekutuan                    45

              Yang  di-pertuan  agong  hendaklah  terhenti  menjalankan
              fungsi  Yang  di-pertuan  agong  jika  dipertuduh  atas  suatu
              kesalahan


              33a.  (1)  jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan
              di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas
              yang  ditubuhkan  di  bawah  Bahagian  XV  dia  hendaklah  terhenti
              menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong.


                (2)  Tempoh Yang di-Pertuan Agong terhenti, di bawah Fasal (1),
              menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong hendaklah disifatkan
              menjadi  sebahagian  daripada  tempoh  jawatan  Yang  di-Pertuan
              Agong yang  diperuntukkan  dalam  Fasal  (3)  Perkara  32.



              ketidakbolehan Yang di-pertuan agong, dsb.


              34.  (1)  Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya
              sebagai  raja  Negerinya  kecuali  fungsinya  sebagai  Ketua  agama
              islam.

                (2)  Yang  di-Pertuan  Agong  tidak  boleh  memegang  apa-apa
              jawatan yang  baginya ada apa-apa saraan.

                (3)  Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara
              aktif  dalam  apa-apa  perusahaan  komersial.

                (4)  Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua
              jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai
              raja  Negerinya  di  bawah  peruntukan  Perlembagaan  Negeri  itu
              atau peruntukan  mana-mana undang-undang  Negeri.

                (5)  Yang  di-Pertuan  Agong  tidak  boleh,  tanpa  persetujuan
              Majlis raja-raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada
              lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara
              lain.

                (6)  Fasal  (2)  dan  (3)  hendaklah  juga  terpakai  bagi  raja
              Permaisuri Agong.

                (7)  jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang
              lain yang diberi kuasa oleh undang-undang menjalankan fungsi Yang
              di-Pertuan Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka
              Fasal (1) hingga (5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh
              itu sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi Yang di-Pertuan Agong.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76