Page 75 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 75

[Perkara  37]       Perlembagaan  Persekutuan                    47

              sumpah jawatan  bagi Yang di-pertuan agong

              37.  (1)  Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan
              fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang
              dinyatakan dalam Bahagian i jadual Keempat di hadapan Majlis
              raja-raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah
              Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim
              Mahkamah  Persekutuan  yang  kanan  selepasnya  yang  ada);  dan
              sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik
              bagi maksud  itu oleh  Majlis raja-raja.

                (2)  Timbalan  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  sebelum
              menjalankan fungsinya, selain fungsi yang boleh dijalankan bagi
              maksud  memanggil  Majlis raja-raja  bermesyuarat,  mengangkat
              dan  menandatangani  sumpah  jawatan  yang  dinyatakan  dalam
              Bahagian  ii  jadual  Keempat  di  hadapan  Majlis  raja-raja  dan
              dengan  kehadiran  Ketua  Hakim  Negara  Mahkamah  Persekutuan
              (atau  semasa  ketiadaannya  dengan  kehadiran  hakim  Mahkamah
              Persekutuan  yang  kanan selepasnya yang  ada).

                (3)  Sumpah-sumpah tersebut, yang diterjemahkan ke dalam bahasa
              inggeris,  dinyatakan dalam  Bahagian iii  jadual Keempat.

                (4)  Apa-apa  undang-undang  yang  dibuat  di  bawah  Fasal  (5)
              Perkara 33 hendaklah membuat peruntukan yang bersamaan dengan
              Fasal  (2) (dengan  ubah  suaian yang  perlu).



                                   Bab  2—majlis  raja-raja

              majlis raja-raja


              38.  (1)  Maka  hendaklah  ada  suatu  Majlis  raja-raja  yang
              hendaklah  ditubuhkan  mengikut jadual  Kelima.

                (2)  Majlis raja-raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi—
                    (a)  memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
                        Pertuan Agong  mengikut  peruntukan jadual Ketiga;

                    (b)  mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
                        perbuatan,  amalan  atau  upacara  agama  diperluas  ke
                        Persekutuan  secara menyeluruh;
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80