Page 74 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 74
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 34—(samb.)
Fasal (8)
Fasal ini dimasukkan oleh Akta 10/1960, subseksyen 3(1), berkuat kuasa dari 31-05-1960. Fasal
ini menggantikan Fasal yang dahulu yang ditambahkan oleh Ordinan F.M. 42/1958, berkuat
kuasa dari 05-12-1958, yang berbunyi seperti yang berikut:
“(8) Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada
menjalankan sebagai raja bagi Negerinya apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sama
ada berseorangan atau bersama-sama dengan mana-mana pihak berkuasa yang lain—
(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu bagi maksud—
(i) memasukkan ke dalamnya semua atau mana-mana peruntukan perlu yang disebut
dalam Fasal (4) Perkara 71, atau peruntukan yang sebahagian besar isinya
mempunyai maksud yang sama;
(ii) menghapuskan mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan
perlu itu daripada Perlembagaan Negeri itu; atau
(iii) mendapatkan keadaan peralihan yang memuaskan tentang perkiraan di sisi
perlembagaan yang dijangkakan disebabkan oleh peruntukan perlu itu; atau
(b) bagi melantik seorang Pemangku raja atau anggota Majlis Pemangku raja
menggantikan mana-mana Pemangku raja atau anggota Majlis Pemangku raja,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya
kerana apa-apa sebab untuk masing-masing melaksanakan tugas-tugas jawatan
Pemangku raja atau anggota Majlis Pemangku raja.”.
per. 35
Fasal (1)
Perkataan “dan Peruntukan Diraja bagi raja Permaisuri Agong dan Peruntukan-Peruntukan
Diraja itu” digantikan dengan “yang hendaklah termasuk peruntukan untuk membayar anuiti
kepada raja Permaisuri Agong, dan Peruntukan Diraja itu” oleh Akta 14/1962, seksyen 12,
berkuat kuasa dari 21-06-1962.
Fasal (2)
a. Perkataan “dan saraan yang diperuntukkan menurut Fasal ini hendaklah dipertanggungkan
pada Kumpulan Wang Disatukan” ditambahkan oleh Akta 19/1964, subseksyen 4(1),
berkuat kuasa dari 01-01-1965.
b. Perkataan “Timbalan Kepala Utama Negara” dan “Timbalan Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan” digantikan dengan “Timbalan Yang di-Pertuan Agong” oleh Akta A354,
seksyen 11, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

