Page 89 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 89

[Perkara  43]       Perlembagaan  Persekutuan                    54

                    (b)  atas  nasihat  Perdana  Menteri,  Yang  di-Pertuan  Agong
                        hendaklah  melantik  Menteri-Menteri  lain  daripada
                        kalangan  ahli  mana-mana satu  Majlis  Parlimen,

              tetapi  jika  sesuatu  pelantikan  dibuat  semasa  Parlimen  terbubar,
              seseorang  yang  menjadi  ahli  Dewan  rakyat  yang  lepas  boleh
              dilantik  tetapi  tidak  boleh  terus  memegang  jawatan  selepas
              permulaan  penggal  Parlimen  yang  berikutnya  melainkan,  jika
              dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan
              rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli
              sama ada  bagi  Dewan rakyat  atau Dewan Negara.

                (3)  jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama
              kepada Parlimen.

                (4)  jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti
              ahli Dewan rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan
              jawatan  jemaah  Menteri  melainkan  jika  atas  permintaannya
              Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

                (5)  Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana
              Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh
              Yang  di-Pertuan  Agong,  melainkan  jika  pelantikan  mana-mana
              Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
              Perdana  Menteri,  tetapi  mana-mana  Menteri  boleh  meletakkan
              jawatannya.

                (6)  Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya
              dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang
              di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga
              sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam jadual Keenam.

                (7)  Walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  Perkara  ini,  seseorang
              yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui
              pendaftaran  di  bawah  Perkara  17*  tidak  boleh  dilantik  menjadi
              Perdana  Menteri.

                (8)  (Dimansuhkan).


                (9)  Parlimen  hendaklah  melalui  undang-undang  membuat
              peruntukan  bagi saraan anggota-anggota jemaah  Menteri.


              *CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962 [akta 14/1962]
              mula  berkuat  kuasa  pada  1  julai  1963—lihat  seksyen  5 Akta  14/1962.  lihat  juga  catatan  pada
              Perkara  17.
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94