Page 86 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 86

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  42—(samb.)
                       Fasal  (7)
                       Perkataan “oleh raja atau gabenor” dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa
                       dari  16-09-1963.
                       Fasal  (10)
                         a.  Ditambahkan oleh Akta 10/1960, seksyen 4, berkuat kuasa dari 31-05-1960, yang juga
                           meminda Fasal (2) dengan memasukkan perkataan “Tertakluk kepada Fasal (10), mana-
                           mana”.
                         b.  Akta 26/1963, subseksyen 7(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan perkataan
                           “atau  Pulau Pinang” dengan  “Pulau Pinang  atau Singapura”.
                         c.  Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memasukkan semula perkataan
                           “atau  Pulau Pinang” yang ada  pada asalnya.
                         d.  Perkataan “atau Wilayah Persekutuan” dimasukkan selepas “Melaka atau Pulau Pinang”
                           oleh Akta A206,  seksyen 11, berkuat kuasa dari  01-02-1974.
                       Fasal  (11)

                         a.  Ditambahkan oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 01-02-1974, dipinda oleh
                           Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976, dengan menggantikan “gabenor”
                           dengan  “Yang  di-Pertua  Negeri”.  Fasal  ini  digantikan  dengan  Fasal  baru  oleh  Akta
                           A585,  perenggan  12(c),  berkuat  kuasa  dari  16-04-1984.  Fasal  yang  dahulu  berbunyi
                           seperti yang berikut:
                             “(11)  Bagi  maksud  Perkara  ini,  maka  hendaklah  ditubuhkan  hanya  satu  jemaah
                           Pengampunan  bagi  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan  Wilayah  Persekutuan
                           Labuan  dan  peruntukan-peruntukan  Fasal  (5),  (6),  (7),  (8)  dan  (9)  hendaklah  terpakai
                           mutatis mutandis bagi jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan
                           mengenai  “raja  atau  Yang  di-Pertua  Negeri”  hendaklah  ditafsirkan  sebagai  sebutan
                           mengenai  Yang  di-Pertuan Agong  dan  sebutan  mengenai  “Ketua  Menteri  Negeri  itu”
                           hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi
                           Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan  Labuan.”.
                         b.  Kemudiannya pula, perkataan “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
                           Labuan” di mana-mana jua terdapat digantikan dengan “Wilayah-Wilayah Persekutuan
                           Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya” oleh Akta A1095, perenggan 14(c), berkuat kuasa dari
                           01-02-2001.
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91