Page 85 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 85

[Perkara  42]       Perlembagaan  Persekutuan                    52

                (7)  Seseorang ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri atau ahli
              Dewan rakyat tidak boleh dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua
              Negeri untuk menjadi anggota Lembaga Pengampunan atau untuk
              menjalankan buat  sementara fungsi anggota  Lembaga.

                (8)  Lembaga  Pengampunan  hendaklah  bermesyuarat  dengan
              kehadiran raja atau Yang di-Pertua Negeri dan raja atau Yang di-
              Pertua  Negeri  itu  hendaklah  mempengerusikan  mesyuarat  itu.


                (9)  Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara,
              Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat
              bertulis  yang  mungkin  telah  dikemukakan  oleh  Peguam  Negara
              mengenai perkara  itu.


                (10)  Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, kuasa untuk
              memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan,
              atau untuk meremitkan, menggantung atau meringankan, hukuman
              yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di
              bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia hal ehwal
              agama islam di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak
              atau Wilayah  Persekutuan  Kuala Lumpur,  Labuan  dan Putrajaya
              bolehlah  dijalankan  oleh  Yang  di-Pertuan Agong  sebagai  Ketua
              agama islam di  dalam Negeri  itu.

                (11)  Bagi  maksud  Perkara  ini,  maka  hendaklah  ditubuhkan
              Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
              Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukan Fasal (5), (6),
              (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi Lembaga
              Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai
              “raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai
              sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai
              “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
              mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah
              Persekutuan  Kuala Lumpur, Labuan dan  Putrajaya.

                (12)   Walau  apa  pun  apa-apa  jua  yang  terkandung  dalam
              Perlembagaan ini, jika kuasa  yang disebut  dalam  Perkara  ini—
                    (a)  kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri
                        dan  dikehendaki  dijalankan  berkenaan  dengan  dirinya
                        atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya,
                        kuasa  itu  hendaklah  dijalankan  oleh  Yang  di-Pertuan
                        Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan
                        yang  ditubuhkan  bagi  Negeri  itu  di  bawah  Perkara  ini
                        dan yang hendaklah  dipengerusikan  olehnya;
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90