Page 91 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 91

[Perkara  43a]      Perlembagaan  Persekutuan                    55

              timbalan-timbalan  menteri

              43a.  (1)  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh  atas  nasihat  Perdana
              Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan
              ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan
              dibuat  semasa  Parlimen  terbubar,  seseorang  yang  menjadi  ahli
              Dewan  rakyat  yang  lepas  boleh  dilantik  tetapi  tidaklah  boleh
              memegang  jawatan  selepas  permulaan  penggal  Parlimen  yang
              berikutnya  melainkan  jika  dia  ialah  ahli  sama  ada  bagi  Dewan
              rakyat atau Dewan  Negara.

                (2)  Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-
              Menteri pada menunaikan tugas-tugas dan fungsi-fungsi mereka,
              dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa
              Menteri.

                (3)  Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai
              bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi
              Menteri.


                (4)  Parlimen  hendaklah  melalui  undang-undang  membuat
              peruntukan  bagi saraan Timbalan-Timbalan  Menteri.



              setiausaha-setiausaha  parlimen

              43b.  (1)  Perdana Menteri boleh melantik Setiausaha-Setiausaha
              Parlimen daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
              tetapi  jika  sesuatu  pelantikan  dibuat  semasa  Parlimen  terbubar,
              seseorang  yang  menjadi  ahli  Dewan  rakyat  yang  lepas  boleh
              dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan
              penggal  Parlimen  yang  berikutnya  melainkan  jika  dia  ialah  ahli
              sama ada  bagi  Dewan rakyat  atau Dewan Negara.

                (2)  Setiausaha-Setiausaha  Parlimen  hendaklah  membantu
              Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri pada menunaikan
              tugas-tugas dan fungsi-fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian
              hendaklah  mempunyai  segala  kuasa  Menteri  dan  Timbalan
              Menteri.

                (3)  Seseorang Setiausaha Parlimen boleh pada bila-bila masa
              meletakkan jawatannya, dan pelantikannya sebagai yang demikian
              boleh ditamatkan  pada bila-bila masa  oleh  Perdana  Menteri.
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96