Page 39 - BUKU PROGRAM PENDAFTARAN 2021
P. 39

PANDUAN KEPADA PENASIHAT HOMEROOM SEMASA

                                                   SESI BERSAMA PELAJAR DAN IBU BAPA/ PENJAGA

          BAHAGIAN A : SISTEM PENDIDIKAN MRSM


          1.            Bagaimanakah sistem pendidikan di MRSM?
          Sistem Pendidikan MRSM menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
          keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.


          2.            Adakah saya boleh menukar program MRSM anak saya?
          Tidak. Pertukaran program MRSM tidak dibenarkan sama sekali.


          3.            Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar?
          Bayaran pendaftaran sebanyak RM161.00 boleh dibuat secara dalam talian.


          4.            Bolehkah yuran dibayar dengan menggunakan wang tunai pada hari pendaftaran?
          Tidak.


          5.            Bolehkah pembayaran yuran ke MRSM dibuat secara ansuran?
          Boleh. Pembayaran yuran boleh dibuat secara ansuran dengan persetujuan pentadbiran maktab.

          6.            Adakah pelajar MRSM akan diberikan bantuan kewangan?
          Pelajar MRSM yang layak akan diberikan bantuan kewangan seperti berikut :
          a) Wang Caruman sahaja, atau
          b) Wang Caruman dan Wang Saku.
          c) Program Bantuan Pendidikan (BUDI MARA)

          7.            Siapakah yang layak menerima bantuan kewangan?
          Pelajar yang layak menerima Bantuan Kewangan ialah pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan ramai. Dalam hal ini,
          pengiraannya dibuat dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan jumlah tanggungan
          dalam keluarga.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44