Page 42 - BUKU PROGRAM PENDAFTARAN 2021
P. 42
PANDUAN KEPADA PENASIHAT HOMEROOM SEMASA
SESI BERSAMA PELAJAR DAN IBU BAPA/ PENJAGA
BAHAGIAN B : SISTEM HOMEROOM DI MRSM
21. Apakah maksud Homeroom?
Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan
penjaga.
22. Apakah fungsi sesebuah Homeroom?
Homeroom berfungsi sebagai satu unit keluarga yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmonis, kesefahaman, perkongsian isu dan masalah,
mengembangkan potensi dan bakat, sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang mengamalkan nilai kerjasama dan ukhuwah yang tinggi.
23. Siapakah Penasihat Homeroom?
Penasihat Homeroom ialah guru yang dilantik untuk menjaga ahli homeroom dan berperanan sebagai penjaga sementara pelajar. Penasihat homeroom
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan mengembangkan potensi diri pelajar sepanjang keberadaan pelajar di sekolah.
24. Berapakah jumlah ahli dalam sesebuah Homeroom?
Jumlah ahli dalam sesebuah Homeroom ialah seramai 15 orang pelajar (lelaki & perempuan) dalam tingkatan yang sama.
25. Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh Homeroom?
Aktiviti Homeroom merangkumi program bimbingan akademik, pembangunan bakat, kepimpinan, khidmat masyarakat, jamuan dan lawatan.
26. Adakah ibu bapa/ penjaga boleh menyampaikan maklumat kepada anak melalui Penasihat Homeroom?
Ya. Ibu bapa/ penjaga boleh meminta bantuan Penasihat Homeroom untuk menyampaikan maklumat penting kepada anak-anak mengikut budi bicara Penasihat
Homeroom. Penasihat Homeroom juga menjadi perantara penyampai maklumat kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan info-info yang perlu disampaikan oleh
pihak MRSM.
27. Adakah saya dibenarkan menghubungi Penasihat Homeroom di luar waktu pejabat?
Ya. Namun Ibu bapa/ penjaga disarankan untuk menghubungi Ketua Guru Asrama dan Guru Asrama sekiranya perlu menghubungi anak atas urusan kecemasan
yang berlaku ketika di luar waktu pejabat.

