Page 40 - BUKU PROGRAM PENDAFTARAN 2021
P. 40
PANDUAN KEPADA PENASIHAT HOMEROOM SEMASA
SESI BERSAMA PELAJAR DAN IBU BAPA/ PENJAGA
8. Siapakah layak menerima BUDI MARA?
Pelajar yang layak menerima bantuan BUDI MARA mestilah mempunyai kriteria berikut ;
Pendapatan ibu bapa/ penjaga RM1500 ke bawah.
Tanggungan 5 orang dan ke atas.
Bumiputera.
Warganegara Malaysia.
9. Dimanakah anak saya boleh menyimpan wangnya?
Ibu bapa/ penjaga digalakkan membuka akaun simpanan untuk anak-anak.
10. Adakah MRSM menyediakan kemudahan buku teks?
Ya. Pihak MARA menyediakan kemudahan buku teks kepada semua pelajar MRSM.
11. Bagaimana saya boleh mendapatkan keputusan peperiksaan anak saya?
Pihak maktab akan mengirimkan keputusan peperiksaan melalui pos ke rumah selain boleh disemak melalui laman web maktab.
12. Apakah keperluan asas yang perlu disediakan oleh pelajar yang berjaya ditawarkan ke MRSM?
Segala keperluan asas untuk tinggal di asrama akan dimaklumkan melalui senarai yang dilampirkan bersama-sama surat tawaran kepada pelajar. Walau
bagaimanapun, kebanyakan keperluan tersebut boleh didapati di Koperasi MRSM.
13. Apakah pakaian pelajar MRSM?
Rujuk kepada panduan pendaftaran pelajar baharu MRSM tahun 2021.
14. Untuk sementara, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama?
Boleh, sementara menunggu pakaian (uniform) maktab siap.

