Page 41 - BUKU PROGRAM PENDAFTARAN 2021
P. 41
PANDUAN KEPADA PENASIHAT HOMEROOM SEMASA
SESI BERSAMA PELAJAR DAN IBU BAPA/ PENJAGA
15. Adakah perkhidmatan dobi disediakan di MRSM?
Ya. Perkhidmatan dobi disediakan di MRSM dengan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak MRSM.
16. Adakah makanan disediakan untuk pelajar di MRSM.
Ya. Makanan disediakan sebanyak 5 kali sehari di Dewan Selera (Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, makan malam dan minum malam).
17. Bolehkah saya/ahli keluarga masuk ke bilik anak saya sewaktu hari lawatan hujung minggu?
TIDAK
18. Bagaimanakah anak saya boleh mendapat rawatan kesihatan?
Pihak maktab menyediakan perkhidmatan van untuk ke hospital kerajaan iaitu 9.00 pagi dan 3.00 petang.
Bagi kes-kes kecemasan pelajar akan dihantar serta-merta dengan van/ kereta guru (ibu bapa akan dimaklumkan).
Soalan berikut relevan jika keadaan mengizinkan mengikut ketetapan MKN dan KKM serta arahan dari masa ke semasa.
19. Adakah saya dibenarkan membawa anak saya outing pada hujung minggu?
Ya. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk membawa anak outing dengan kebenaran guru asrama yang bertugas.
20. Bilakah anak saya dibenarkan untuk pulang bermalam?
Pihak pengurusan MRSM akan menjadualkan tarikh untuk pulang bermalam. Walau bagaimanapun pulang bermalam adalah tidak wajib.

