Page 11 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 11

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

   GELOMBANG 2 (2016-2020)

                         Memacu peningkatan sistem

 Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan
    dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan identiti nasional.

 Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah baik latihan
    pra-perkhidmatan untuk memugarkan profesion keguruan.

 Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat
    menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan
    standard antarabangsa.

 Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan
    mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan
    pelbagai bahasa.

 Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah
    kurang murid untuk menangani isu kapasiti.

 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan
    kumpulan minoriti lain, pintar cerdas dan berkeperluan khas.

 Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan
    pembekal pendidikan vokasional swasta.

 Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan
    PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan.

                                                                                                       11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16