Page 8 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 8
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
Akses 100 % enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah
atas menjelang tahun 2020. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-
masing.Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari
peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan
Ekuiti PISA dalam tempoh 15 tahun. sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi system pendidikan
negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang
(TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).Pentaksiran tambahan yang
menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima
di peringkat antarabangsa
.
50 % pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender)
menjelang 2020. Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid
bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender
sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai kepelbagaian. Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan
lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami,
menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman
dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi
membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. Sistem
pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilanmurid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem.
Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat
untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
8

