Page 7 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 7
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
AP MURI
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan Negara secara menyeluruh. Kajian dibuat berdasarkan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi Negara dan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21.Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan menyediakan
negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa, adalah penting untuk negara melakarkan
wawasan kejayaansistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks
Malaysia. Aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan,
dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi
sistem pendidikan Malaysia.
Objektif Kajian Semula
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan, dan setiap murid
bagi 13 tahun akan datang.
3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi
perkhidmatan awam.
Aspirasi Sistem
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi
sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan,dan
kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang
turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan
yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi
merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam mana-
mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya
7

