Page 10 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 10

SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

  Tempoh Pelaksanaan Transformasi Pendidikan – 3 Gelombang, 13
                                             Tahun

Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara
untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula
semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan
10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula bahagian di
Kementerian untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1,
dan memperkenalkan kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah
rendah dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
10 INISIATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (2016 – 2020)

    1. Memaksimakan Perbelanjaan Berdasarkan Keberhasilan
    2. Perkukuhan Perpaduan Murid
    3. Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris Di Sekolah
    4. Peningkatan Akses Kepada Pendidikan Inklusif Berkualiti
    5. Perluasan Program Transformasi Daerah
    6. Perluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Ekosistem Sekolah
    7. Peluasan Penglibatan Sektor Swasta
    8. Perkukuhan Fungsi Teras Organisasi Dan Penstrukturan KPM
    9. Peningkatan Kualiti Pendidikan Vokasional
    10. Transformasi Ipg Untuk Meningkatkan Kualiti Latihan Guru.

                                                                                                       10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15