Page 5 - MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWM 2019
P. 5
SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
PENGENALAN
Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan.Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan
mempertingkat nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum
Kebangsaan terbahagi kepada:
Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
STRATEGI PELAKSANAAN
i. Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta
kurikulum prasekolah kebangsaan.
ii. Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata
pelajaran di peringkat rendah dan menengah.
iii. Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum.
iv. Menyediakan program khas bagi memastikan setiap murid memperoleh literasi dan
numerasi selepas tiga tahun persekolahan di Tahap I sekolah rendah.
v. Menyediakan, menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan
semasa dan masa hadapan.
vi. Menetapkan peruntukan waktu dalam jadual waktu persekolahan berdasarkan kursus
pengajian dan peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996.
vii. Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan
dasar pendidikan dan dasar utama negara.
viii. Menjalankan kursus orientasi kurikulum untuk jurulatih utama di peringkat pusat.
ix. Menyediakan kurikulum alternatif bagi murid Orang Asli dan Penan (KAP) berasaskan
Kurikulum Kebangsaan.
x. Mengubah suai kurikulum dan menyediakan program serta kurikulum alternatif
berasaskan Kurikulum Kebangsaan yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.
xi. Menyediakan kurikulum bagi mata pelajaran mengikut bidang yang ditetapkan dari
semasa ke semasa.
xii. Menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kurikulum dilaksanakan
secara berkesan.
xiii. Menjalankan kajian dan penilaian program kurikulum untuk tujuan penambahbaikan
kepada kurikulum sedia ada.
5

