Page 141 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 141

x) Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan mematuhi
              undang-undang negara dan tidak menyalahi hukum agama Islam

5) Membantu mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi untuk kegiatan kokurikulum
6) Membantu merancang pembangunan diri pelajar dan guru seperti perkemahan, motivasi,

    klinik sukan dsbnya supaya pencapaian aspek kokurikum sentiasa meningkat
7) Membantu menjalankan inovasi untuk kecemerlangan kokurikulum di semua peringkat.
8) Membantu menyelaras pemberian sijil-sijil kepada pelajar dan guru mengikut mutu, nilaian

    dan wajaran yang ditetapkan

1.1 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1) Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
2) Membantu pengetua dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan

    dan penilaian ke atas murid.
3) Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat

    persatuan/kelab, badan beruniform serta sukan dan permainan.
4) Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti

    kokurikulum.
5) Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
6) Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemaskini

    dan mencukupi.
7) Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun

    dan melaksanakan latihan untuk mereka.
8) Membantu menyelaras pengisian markah kokurikulum bagi murid-murid pada akhir tahun
9) Membantu menyelaras Perancangan Strategik Unit Kokurikulum Sekolah.
10) Menyediakan dan membuat panggilan mesyuarat mengikut takwim.
11) Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat kokurikulum dan menyerahkan selepas tiga

    hari mesyuarat tamat.
12) Bersedia melaksanakan arahan daripada pihak pentadbiran dari masa kesemasa.

                                                                                                                                 ( 140 )
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146