Page 143 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 143

1.4 TUGAS DAN TANGUNGJAWAB PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN,
      PERMAINAN OLAHRAGA KELAB DAN MSSD

1) Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan permainan
       antara sekolah

2) Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam takwim
       pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya

3) Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan
4) Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan sama ada dalam

       latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan dan fahami objektif sukan sebenar.
       Pengisian program yang dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan
       matalamatnya.
5) Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan pertandingan
6) (PENGURUS)Menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan mematuhi keputusan minit
       mesyuarat tersebut.
7) (PENGURUS)Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap latihan dan
       pertandingan
8) (PENGURUS)Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan
       minum serta pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang dianjurkan
       oleh sekolah /PPD/JPN Melaka / KPM atas persetujuan Pengetua
9) (PENGURUS)Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum
       membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara diluar kawasan sekolah. Salinan
       hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk makluman. Maklumat
       seperti senarai Nama Peserta, No Tel/ Masa pergi dan balik/Guru pengiring /tempat dituju
       dan aktivitinya di tulis kepada Pengawal Keselamatan Sekolah untuk tindakan selanjutnya
10) (PENGURUS)Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah
       serta pastikan Perkara (3) dan (8) telah dipatuhi
11) (PENGURUS)Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU
       dan S/U Sukan untuk makluman dan rekod
12) (PENGURUS)Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya selepas
       pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya.
       Semua laporan akan dibentangkan oleh S/U Sukan semasa mesyuarat-mesyuarat
       penting.

                                                                                                                                 ( 142 )
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148