Page 146 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 146

1.6.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DAN GURU PEMBIMBING( GP)
         PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFORM

1) Kehadiran Guru

    a) Ketua GP diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing

    b) Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah
         merekodkan kehadiran masing-masing

2) Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab

3) Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan

4) Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya

5) Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan
    menjayakan sesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi
    pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan

6) Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang diprogramkan
    seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya.

    a) GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu
         program itu dijalankan.

    b) Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran
         hendaklah difailkan dan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU.

    c) Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan
         Sekolah seperti senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan balik
         dan senarai nama guru pengiring

7) Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau sesuatu
    aktiviti yang dirancangkan serta

    a) Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut.

    b) Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan PK Koku. dan satu salinan dalam fail
         unit masing-masing untuk rujukan.

8) Berusaha memajukan dan mengaktifkan unit masing-masing dengan pelbagai kegiatan
    yang sesuai dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai kesan dan faedah
    menjadi ahli unit tersebut;

    a) Memperkembangkan minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar ahli unitnya selaras
         dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

9) Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi peraturan sekolah
    dan undang-undang negara Malaysia ; malah dikehendaki memastikan aktiviti yang
    dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan

                                                                                                                                 ( 145 )
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151