Page 46 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 46
Aktiviti Berkumpulan
Sentuhan Beracun
Cara bermain:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan A dan kumpulan B berlima.
2. Kumpulan A akan memulakan permainan dan bertindak sebagai penyerang
dengan menghantar bola ke belakang mengikut jenis kemahiran hantaran
yang telah dipelajari.
3. Kumpulan A akan cuba meletakkan bola ragbi di kawasan gol yang
ditetapkan dan berusaha mengelakkan diri daripada disentuh oleh
pihak lawan.
4. Kumpulan B (bertahan) akan cuba mengadang dengan menyentuh
pembawa bola secara serentak dengan menggunakan kedua-dua
tapak tangan.
5. Pembawa bola akan memulakan semula serangannya dari tempat terkena
sentuhan selagi bukan sentuhan ketiga. Pasukan yang membuat sentuhan
harus berundur satu atau tiga meter dari tempat sentuhan sebelum permainan
diteruskan.
6. Kiraan sentuhan sah apabila sentuhan dilakukan pada pembawa bola.
7. Peranan kumpulan akan bertukar sekiranya kumpulan B berjaya melakukan
tiga kali sentuhan kepada pihak yang menyerang.
8. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah gol yang dapat dilakukan oleh
setiap kumpulan.
9. Tempoh masa permainan adalah selama 10 minit dengan masa rehat
5 minit. Ulangi permainan mengikut kesesuaian.
Alatan: Bib, skitel dan bola ragbi.
38 S.P 1.4.3, 2.4.3, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1, 5.5.1, 5.5.2

