Page 42 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 42
Kemahiran Asas Ragbi Sentuh
Dalam permainan ragbi, kemahiran menghantar bola merupakan kemahiran
asas yang paling penting. Hantaran yang sah ialah hantaran ke arah sisi
dan ke arah belakang pembawa bola sahaja. Hantaran bola hadapan
adalah salah. Menghantar bola dengan tepat dan menerima bola dengan
sempurna semasa berlari membantu keberkesanan permainan.
Kemahiran Memegang Bola dan Membawa Bola
Memegang Bola
• Bola dipegang pada bahagian atas untuk
memudahkan pergerakan hantaran bola.
• Sebelah tangan lagi diletakkan secara
bertentangan di bahagian bawah bola
untuk menyokong pergerakan.
Sila Imbas
Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-link/
video-cara-memegang-bola-
ragbi/ untuk menonton “Cara
Memegang Bola Ragbi”.
Membawa Bola (Dicapai pada 21 Jun 2017)
1 2
Tujuan: Untuk melakukan balingan dan hantaran kepada rakan sepasukan
dan membuat try.
Teknik lakuan:
• Pegang bola menggunakan tangan dominan di bahagian atas bola.
• Tangan bukan dominan akan berada di bahagian bawah bola untuk
menyokong pergerakan semasa membuat hantaran.
34 S.P 1.4.1, 2.4.1, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.3, 5.4.1

