Page 53 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 53
Kemahiran Sepak Sila
Sepak sila ialah sepakan yang menggunakan bahagian dalam kaki. Sepak
sila berfungsi untuk menerima dan menimang bola, mengumpan dan
menyelamatkan serangan lawan.
Teknik Lakuan dan Kemahiran Sepak Sila
Kemahiran Lakuan
Sepak Sila Sepak Sila
Sebelum • Berdiri dalam keadaan selesa.
• Kaki dominan bersedia untuk melakukan sepakan.
Semasa • Badan direndahkan sedikit.
• Berat badan diimbang atas kaki sokongan.
• Kontak bola pada bahagian dalam kaki.
Selepas • Selepas melakukan sepakan, ikut lajak arah
pergerakan bola.
S.P 1.5.1, 2.5.1, 5.2.3, 5.2.4, 5.4.2 45

