Page 7 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 7

PENDAHULUAN







             Buku  Teks  Pendidikan	 Jasmani	 dan	 Pendidikan	 Kesihatan	 Pendidikan
             Khas	 Tingkatan  2  digubal  berdasarkan  Dokumen  Standard  Kurikulum
             dan  Pentaksiran  (DSKP)  Pendidikan  Jasmani  dan  Pendidikan  Kesihatan
             Pendidikan Khas yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
             Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat penulisan buku teks ini adalah
             untuk  membantu  murid-murid  berkeperluan  khas  menjadi  lebih  cergas
             dan sihat. Kandungan buku teks ini digarap agar menepati hasrat Falsafah
             Pendidikan Kebangsaan.

                Kandungan buku ini terdiri daripada dua bidang ilmu iaitu Pendidikan
             Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Setiap unit dalam buku ini dimulakan
             dengan halaman rangsangan sebagai set induksi dan diikuti dengan huraian
             kandungan yang diselitkan dengan aktiviti.
                Pendidikan  Jasmani  diletakkan  standard  kandungan  pada  setiap  unit
             yang mencakupi tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.  Manakala
             bagi Pendidikan Kesihatan pula diletakkan standard pembelajaran sahaja.
                Pada  setiap  akhir  unit,  penulis  menyediakan  soalan  untuk  menguji
             pemahaman murid tentang tajuk yang dipelajari. Rumusan turut disediakan
             dalam  buku  ini  agar  guru  dapat  menggunakannya  untuk  memberikan
             penekanan kepada perkara penting yang terdapat dalam unit tersebut.

                Walau  bagaimanapun,  guru  dinasihatkan  agar  tidak  terikat  dengan
             kandungan  yang  terdapat  dalam  buku  teks  ini.  Guru  juga  digalakkan
             mengubah suai alatan mengikut kesesuaian murid semasa menyampaikan
             pengajarannya.  Kandungan  dan  bahan  yang  terdapat  dalam  buku  teks
             diharap dapat memberi manfaat kepada murid.
                Melalui buku ini, murid bukan sahaja dapat memperoleh ilmu pengetahuan,
             malahan  dapat  memupuk  sikap  dan  nilai  murni  serta  kemahiran  berfikir
             secara kreatif, kritis dan inovatif. Akhir kata, penulis berharap agar buku
             teks  ini  dapat  memenuhi  kehendak  dan  keperluan  Murid  Berkeperluan
             Pendidikan Khas (MBK).















                                                                                               v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12