Page 96 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 96

Kesenggangan




           Kesenggangan	 ialah	 masa	 terluang	 yang	 dipenuhi	 dengan	 melakukan
           aktiviti	 yang	 menyeronokkan	 dan	 memberi	 kepuasan	 kepada	 seseorang
           individu.	 Antara	 aktiviti	 kesenggangan	 ialah	 berkelah,	 memancing	 dan
           menonton	televisyen.



                     Jengkek Ligan




           Jengkek	ligan	ialah	permainan	yang	dimainkan	dengan	cara	mengejar
           pemain	 lain	 menggunakan	 sebelah	 kaki	 sahaja.	 Permainan	 ini	 juga
           dikenali	sebagai	aci	jengkek	yang	sering	dimainkan	di	kawasan	yang	rata
           dan	luas.	Kawasan	permainan	berbentuk	segi	empat	tepat	dilakarkan	di
           atas	tanah.



           Objektif	Jengkek	Ligan

           1.	Perkembangan	Intelek

           •	 Murid	akan	terlatih	untuk	berfikir	secara	teratur.
           •	 Murid	akan	dapat	merancang	strategi	dengan	kritis	untuk	mengelak
               serangan	pihak	lawan.

           2.	Perkembangan	Sosioemosi

           •	 Murid	akan	dapat	mewujudkan	perhubungan	yang	baik	dengan
               menggunakan	kemahiran	berkomunikasi	dalam	permainan.


           3.	Perkembangan	Fizikal

           •	 Murid	akan	dapat	meningkatkan	komponen	kecergasan	fizikal	mereka.















             88                                                             S.P  1.8.3,	2.8.3,	5.2.3,	5.2.4
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101