Page 98 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 98

Bola Tuju Kaki


           Permainan	bola	tuju	kaki	dikenali	juga	sebagai	main	tuju	kaki.	Pemain	diuji
           kecekapan	untuk	menuju	kaki	lawan	dengan	menggunakan	bola	bagi
           mematikannya.	 Pemain	 lawan	 hendaklah	 mengelakkan	 kaki	 daripada
           terkena	bola.
























           Cara	Bermain	Bola	Tuju	Kaki

           1.		 Murid	dibahagikan	kepada	dua	kumpulan	mengikut	zon.	Zon	A	untuk
               kumpulan	bertahan	dan	Zon	B	untuk	kumpulan	yang	menyerang.

           2.		 Setiap	murid	di	dalam	kumpulan	B	akan	diberikan	sebiji	bola	yang	lembut.
           3.		 Setiap	kumpulan	akan	berada	di	dalam	kawasan	gelanggang
               yang	telah	ditetapkan.
           4.		Murid	yang	berada	di	dalam	kumpulan	B	akan	membaling	bola	ke	arah
               kaki	kumpulan	yang	bertahan.
           5.		 Murid	kumpulan	A	akan	sedaya	upaya	mengelak	daripada	terkena	bola
               yang	dibaling	oleh	kumpulan	penyerang.
           6.		 Semasa	membuat	larian	atau	mengelak,	kumpulan	yang	bertahan	tidak
               dibenarkan	keluar	dari	kawasan	yang	telah	ditetapkan.
           7.		Pemain	yang	terkena	balingan	bola	harus	keluar	dari	kawasan	permainan.

           8.	 Hanya	balingan	menuju	ke	kaki	sahaja	dibenarkan	(lutut	ke	bawah).
           9.		 Mata	akan	dikira	berdasarkan	berapa	bilangan	pemain	dari	kumpulan
               bertahan	yang	masih	hidup.
           10.		Permainan	akan	diteruskan	dengan	bertukar	peranan.
           11.	 Peruntukan	masa	permainan	adalah	selama	10	minit.
           Alatan:	Bib,	bola	dan	skitel.


             90                                                  S.P  1.8.3,	2.8.3,	5.2.2,	5.3.1,	5.3.2,	5.4.1,	5.5.2
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103