Page 97 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 97
Cara Bermain Jengkek Ligan
1. Sebelum memulakan permainan, murid perlu membentuk dua
kumpulan iaitu kumpulan menyerang dan kumpulan bertahan.
2. Hanya seorang pemain dari kumpulan menyerang yang dibenarkan
mengejar ahli kumpulan bertahan bagi satu-satu masa.
3. Kumpulan penyerang akan mengejar ahli kumpulan bertahan dalam
kawasan permainan dengan cara jengkek.
4. Jika mana-mana ahli kumpulan penyerang tidak berjaya melakukan
sentuhan atau berasa penat, mereka boleh digantikan dengan ahli
kumpulan sendiri yang berada di luar kawasan permainan.
5. Penyerang perlu menyentuh semua pemain kumpulan bertahan yang
melakukan larian sehingga kesemua ahli “mati”.
6. Permainan akan diteruskan dengan bertukar peranan.
Alatan: Skitel dan bib.
Info
1. Kumpulan bertahan yang “mati” mesti keluar dari kawasan permainan.
2. Mana-mana kumpulan bertahan yang melakukan larian di luar
kawasan permainan walaupun sebelah kaki, dikira “mati”.
S.P 1.8.3, 2.8.3, 5.2.2, 5.3.1, 5.3.2, 5.4.1, 5.5.2 89

